10 perkara random saya

sebab penat, sy dah tido kejap pukul 9pm lepas tu da tak boleh nak tido sekarang T_T

oleh itu sy nak state 10 perkara random, apa-apa je yang sy nak cakap :D


1-ohoo bergaduh dengan adik sy sebab dia berebut nak tengok cerita heroes kat tv padahal tv ada dua. lepas tu dia baling bantal peluk sy kemudian letakkan bantal peluk tu kat atas meja makan. ok, pembalasan dendam yang menyakitkan hati.

2-sy terinspired nak ke luar negara, tapi sekarang hanya mampu ke luar negeri (=states kat malaysia. oh kalau dapat kerja kat states yang jauh juga agak menyakitkan hati sebab kena beli broadband & astro as i MUST live with them. haha) i eat and breathe technology :P

3-esok(patutnya HARI NI sebab sekarang dah midnight :P) lepas kerja, kawan-kawan ptd planned nak makan kat timesquare (may be) tapi sy tak tahu jalan balik dari timesquare ke shah alam kalau drive. ohoo sy rasa sy akan sesat 8O

4-sorang kawan nak claim date dulu yang tak jadi walhal sekarang dia tak de kat malaysia.

5-sy adalah cukup makan ketika bekerja tapi tak cukup surat khabar. sy rindu nak beli surat khabar and susu strawberi setiap pagi. tempat itu tak de 7-eleven. hohs.

6-semakin lama sy bawak kereta semakin laju. lane paling kiri hanya guna untuk masuk simpang kiri je. lane kanan adalah kawan baik sy.. haha >:P biasanya lane kanan banyak kereta mewah (yang suka speeding), sy tak tahu apa kereta huduh sy buat kat lane itu dengan kereta2 mewah yang lain :P

7-tadi tengok program 'gadis melayu' kat tv9. entah kenapa bila tengok mereka bersopan-sopan di tv, kelihatan agak fake. ada la sorang dua yang nampak ok. lain semua fake. senyum fake, buat air fake, sopan-sopan fake. the real gadis melayu takkan masuk program tv. mungkin beliau sedang angkat air daripada perigi dan jaga neneknya di rumah sekarang.

8-dalam banyak-banyak lauk, sy suka ikan goreng ^^ gee, apsal ntah sy bagi fakta pasal ikan goreng ni. mungkin sy patut tidur sekarang sebab esok nak bangun awal 8D

9-tadi masa keluar pergi n9 & melaka, waktu balik, main teka-teki dalam kereta dengan kawan-kawan & mr aris. jugak dengar cerita how mr aris met his wife. sangat kagum dengan cerita tu, it's like a drama. kadang2 fikir, hidup beliau adalah best sebab siblings semua dibagi chance untuk keluar and see the world selepas usia 16 tahun. 16 tahun, sy tengah main in-line skate kat belakang rumah (literally; sebab track tu sebenarnya located depan rumah. too hard to explain :P) 16 tahun sy adalah naif.

10-tut tuttttt (line putus) :P



sori terpaksa baca 10 random things sebab sy dingdong tak dapat tidur. so cope with me. haha.

thanks for reading ^^

Comments

Nadia Nor said…
sangat seronok baca, it's like, dunno, relieved to know you're normal Xb in a good way.

moga2 dapatlah jadi bos =] and i'll come over to make you belanja me makan XD haha~
wani ezryl * said…
haha once i become a boss, i know you'll also become a boss. maka time tu dua org boss minum2 sambil bergelak ria dengan komik kat atas meja! xD
Nadia Nor said…
lol XDDD
bukan je ada komik atas meja, tapi segala magazine pasal gadget, skateboard, snowboard, surfboard etc akan ada XD

Popular posts from this blog

Day 26

new year 2025