terima kasih

sangat serabut sekarang ni.
serabut yang superduper serabut sampaikan macam numb dan tak de perasaan.

gila, ada 3 audits dalam tempoh 2 minggu ni kat ofis!!
kau gila ke apa?!

dahlah dengan si crush cakap, "dah, ko jangan tunggu aku lagi. biar aku carik soulmate sendiri yadayada. bukan dengan ko." ayat yang pedih menikam organ!! i was like.. aku tengah serabut dengan 3 audit berjujukan ni, ko boleh eh hantar mesej macam tu.

semalam kat ofis, nak dekat penghujung hari, lepas habis audit exit meeting..
wa tak balik lagi, lu :P
wa buat kerja lain pulak.
ada mintak tolong sikit staff ni carikkan info. nak carik info, kena korek folder projek banyak gile. nasib baik dia tolong, tho dia daripada bahagian lain. diorang cakap, "kalau ikutkan kitorang, tak nak tolong seksyen korang (rasanya hal tak suka staff bawah sy tu HAHA), tapi sebab ko, cik wani, kitorang boleh tolong." ok terharu :')
staff yang menolong ni dulu adalah staff sy, tapi ofis kitorang ada buat reshuffling tugas.. orang-orang semua tukar bahagian.
dia cakap pasal ucapan terima kasih.
aku tengah serabut camtu kena tazkirah petang. haha
dia cakap, time diorang kena pindah bahagian dulu, tak de sorang ucap terima kasih kecuali timbalan. ucapan terima kasih tu yang mahal, yang diorang bawak sampai mati. sebab diorang bukan nak duit ke apa. nak rasa dihargai je (ok sy faham sebab sy kerja macam nak pengsan pun orang tak nampak. tsk)
serius sy lupa pun nak ucap terima kasih!! tapi time dulu tu sy hargai orang dengan memeluk mereka. i said, "peluk tu pun kira terima kasihlah! haha"
bergenang jugak air mata. yelah. hari tu macam kusut, sedih, campur-campur. genang saja. nak keluarnya tak berapa. rasanya overloaded da sangat kot.
and they said sy lain daripada orang lain, orang lain yang tak pandang dan hargai mereka.
sy tak tau nak cakap apa.
tapi memang pun lepas orang tolong ko, ko janganlah lupa ucap terima kasih.

sy tengah cuba get rid of the kesengsaraan dalam kepala.
kalau fikir banyak-banyak, berat wohh.
but couldn't help it, memang kadang-kadang akan teringat.
but then sy berikrar untuk settlekan dulu hal audit.
benda lain tu biarkanlah. good things lie ahead. cuma tak jumpa je lagi.
lepas semua kekusutan kerja ni berakhir, sy nak pergi bercuti. sy tak kira.

ada phrase yang sy jumpa dalam blog kawan sy;
Allah sentuh hati-hati kita
kerana Dia Maha Pemegang Hati.

explanation yang hati ni dah disentuh. cuma sekarang agak sakit.

happy weekend, friends :')

Comments

Nadia Nor said…
WANI BERTAHAN!!

bertahan okeh?!
wani ezryl * said…
*bertahan di ranting*

*ikat tgn kuat2* hihi :PP thnx nadia!
Anonymous said…
mari bercuti!!!

Popular posts from this blog

Day 26

new year 2025