PHOTO MEME - best cooked

hoorah mari buat photo meme lama gila tak buat photo meme rasa macam dah berkurun HAHAHA phew *baca dalam 1 nafas* :DD

it's the Best Cooked photo meme, di mana kena nyatakan bahan terbabit sangat perfect untuk dimasak sebagai hidangan apa.. in you point of view. hokes jangan buang masa lagi. kam on peeps!! xD


1. AYAM

ayam sangat perfect dimasak rendang! ye tidak syak lagi!! ketepikan ayam goreng kunyit ke ayam masak kicap ke HAH itu semua tak penting!! (tiba-tiba). yang penting adalah ayam rendang!! :DD



2. IKAN
ye sy pilih ikan cencaru, halim! *putar roda* ikan cencaru goreng belah belakang wackkktttttt sedap sehingga menjilat dinding. tapi tak tau pulak dinding tu rasa macam mana. mungkin rasa hama. eww



3. DAGING
hambik ini! daging masak dendeng mi favoritos!! (ntah betul tidak cakap spanish ni main redah je marah maria mercedes ahaha) daging yang kering dan garing dengan bahan-bahan awesome yang diletak bersama.. fuahhh TOLONGGGGG



4. KETAM
ketam adalah best cooked as masak lemak cili api!! bukan ketam celup tepung, ye. walaupun ketam celup tepung pun tidak kurang hebatnya, sehebat ketam goreng bodoh ataupun (eh kesian, bodoh pulak dia HAHA) ataupun ketam kari ke apa, namun ketam masak lemak cili api masih tetap di hati :P




5. UDANG
dah cakap pasal ketam, haruslah cakap pasal udang pulak. hambik ko gambar udang besar gile jumpa kat google :DD tomyam udang!! sila merana kalau tak dapat menghirup kuah tomyam udang anda. sila lempar diri ke kolam ikan piranha sekiranya anda tidak meminati tomyam udang. salahkan diri sendiri!! haha




6. ROTI
roti adalah paling awesome dibuat sandwich sardin. ko cakaplah puding roti's the best ataupun entah apa-apa lagi jenis masakan kompleks yang terlintas dalam fikiran ko yang menggunakan roti.. sy still nak cakap yang sandwich sardin adalah the best, yang arif!! xD senang buat, senang makan, sedap gile pulak tu. haihs. nasib baik sardin ni bukan spesis terancam :P




7. SARDIN
walaupun roti paling awesome dibuat roti sardin.. namun.. sardin pulak lebih awesome untuk.. .. digoreng kemudian digoreng-campur pulak dengan bawang dan cili api!! woah!! memang terbakar perut. pagi ini perut sy terbakar sebab makan perkara ini malam semalam. kebakaran bermaharajalela!! tss! HAHAHAH




8. TELUR

telur masak kicap memang ada momentum. macam.. dia terpelanting dari jauh masuk mulut ko and rasa dia sangaaaattttt hebat!! *tepukan gemuruh untuk telur masak kicap, kam on!* hidangan yang ekonomi, sihat walafiat dan awesome.




9. TAUHU
sy tak jumpa gambar yang berkenaan di internet tapi yang ni kira lebih kurang sama laa. haha. ini adalah.... tang tangg taranggg *bunyi dram pakai tong besi yang pengemis buat panaskan badan kat luar negara tu HAHA --- kat malaysia jangan harap ada pengemis nak buat camtu. panas bangat ni* sambung. ini adalah... tauhu goreng dengan sayur kacang boncis dengan ikan bilis skali.. goreng dengan kicap dan kering!! woot woot!! apekah namanya super panjang, namun hasilnya memang memberangsangkan!! xD




10. SAYUR
and last but not least.. hidangan sihat anda haruslah dilengkapi dengan sayur. sayur pilihan harini adalah sayur campur.. mostly ada di situ.. kacang boncis, lobak merah, kalau ada baby corn pun awesome jugak.. dengan udang! wahah!! memang hebatlah!! xD



sekian saja photo meme.
maaf, hari ini sedikit gila.
feel free to try kalau free (nama pun feel free kan. ahaha)
tatah!!

Comments

Popular posts from this blog

Day 26

new year 2025