monotonous

woot woot! simple je bilik ni. tapi nice! :)


selamat bersiaran.
tiba-tiba rindu ikea. gile.

recently macam-macam benda sy rindu.
mostly my previous days.
sekarang ni semua macam mendatarrr je.
dulu ko tengok, macam ada 1000 benda menarik yang cerita dalam blog. tersadung kat tepi longkang depan kolej KPZ la, cerita gol&gincu la, ada crushes la, pergi xgames, pergi holidays, jalan-jalan kat flea market plaza mont kiara, marahkan zits, buat handmade cards, melepak kat midV, pergi sini pergi situ..

bukan sy tak suka cerita.. sy sangat suka bercerita. even i used to be a funny writer back then *sy rasa funny la, kalau korang rasa tak funny sila lempang diri sendiri laju-laju HAHA*
tapi environment ni menyebabkan tak de benda sangat nak cerita, tak de benda sangat yang mengujakan atau even yang kelakar. bila sy borak dengan orang di sekitar, macam tak ada benda-benda yang 'alive' untuk diborakkan. dan ini telah menjadikan sy seorang yang mono. like, serious. sekarang macam dah tak ada heart nak berborak, kecuali bila jumpa/call kawan-kawan lama, borak agak lama jugak la. gosh rindu diorang.

sy teringat dulu, walaupun tak ada cerita yang particular, sy akan mengadakan cerita (bukan mereka cerita palsu ye :P).. sy snap gambar sini sana.. gambar patung mini darth vader pun boleh buat bahan gelak-gelak dalam blog. gambar awan banyak gila snapped. skang macam dah tak de perasaan nak buat semua tu. may be i need a new environment. who knows.

kalau masih mono lagi begini, memang tahun depan sy nak apply pindah tempat lain.
thanks for listening reading :)

Comments

Popular posts from this blog

Day 26

new year 2025