tepat itu awal?



i purposely chose my flexi working hour at the duration of 7.30am - 4.30pm.
kat ofis, majoriti akan pilih yang pukul 8.00am - 5.00pm ATAU 8.30am - 5.30pm, depends on their situation.
ada situasi rumah jauh, perlu hantar anak ke sekolah dulu, dll.
my situation pulak,
sy suka keluar lebih awal dan balik lebih awal daripada orang sebab;
SATU - boleh elak jem / elak stress
DUA - boleh buat macam-macam benda a.k.a. curi time. lolx

kau jangan salah faham pula.
curi time tu bukan pergi mengular ye.
muka sy ni mostly ada je kat ofis.
curi time tu meaning, bila sy balik 4.30pm on time, while orang lain balik pukul 5.30,
sy boleh guna / curi masa tu untuk macam-macam benda.
sy boleh settle house chores lebih awal.
kalau masak, 7-8pm dah boleh makan.
sy boleh bawak anak-anak pergi main playground.
sy even pernah bawak mereka swimming di petang hari!
kalau sy balik jam 6 contohnya, sy takkan dapat buat semua benda tu.

bila sy punyai ideologi sendiri yang on time IS on time,
some people pulak mungkin berfikir sebaliknya.

contoh.
bila sy balik on time pukul 4.30pm dan terserempak kawan pukul 4.45pm selepas ambil anak-anak sy kat taska.
sy menerima teguran kengkawan seperti, "wah, awal ambil anak!"
while sy tak ambik anak awal pun sebenarnya, sy cuma balik ON TIME dan terus ambil mereka. lolx
kalau awal, mungkin pukul 3.00pm muka sy dah tercongok di depan pintu taska tu :DD

mungkin kalau balik ofis on time pun akan ditegur "wah, awal balik!"
(jarang pada situasi sy, mungkin situasi orang lain. bahaha)
walhal orang tu datang ofis lagi awal kot daripada orang lain yang punch in 8.30am (kengkadang pukul 9 baru habis makan? no comment).

thing is, some people tend to look ON TIME as EARLY.
prejudisnya terhadap yang balik on time.
kalau kau datang EARLY pukul 5.00am sekalipun, tak ada siapa kisah sebab orang lain belum masuk ofis. haha
tapi kalau ko balik ON TIME sebab kerja dah settle and time management ko awesome, tetiba ko akan di-cop balik awal. huaa.

in my own perspective,
macam mana kita mentaati punch card ofis,
macam tu la jugak dengan invisible punch card untuk family. atau untuk yang Maha Pencipta.
yes kerja itu ibadah,
anak itu amanah,
ibadah rukun/sunat itu lagi la ibadah.
so pepandai la juggle masa.
bila punch card you balik ofis pukul 5pm misalannya,
you kena la kejar 'punch card' jumpa family pukul 5.30pm. contoh.
tapi kalau punch card ofis you pukul 5pm,
you balik pukul 10pm, lepas tu siap post kat fb bangga-bangga beritahu you're still at the office;
ahem, sebenarnya tak ada apa yang dibanggakan kalau balik lewat daripada time sebenar.
itu bukan on time dah.
itu over time.
kalau buat projek pembangunan, dah dikira lewat jadual dah tu.
and you dah terlepas your invisible punch card time yang lain.

mungkin masa dengan family akan berkurangan.
atau masa nak beribadah pun dah kurang.
sebab masa tu dah guna untuk over time.

balik kerja lambat tu ok, tapi bila ada kerja betul-betul mustahak dan OCCASIONALLY sahaja.
bukan la everyday pun kena balik lewat daripada masa sebenar.

back to the topic,
on time is still on time.
not too early, not too late.

demi masa, sesungguhnya manusia kerugian.

p/s: kengkadang sy pun ada time terkejar masa, terlewat masa. but i try to improve myself from time to time. pray for us all.

Comments

Author said…
Mgkin yg berkata “wah awal blk” itu sekadar berniat utk bertegur sapa dan bermesra ;)
wani ezryl * said…
idk author, but betul jugak kan. let's look from a positive side.

ada cerita juga, sy pernah dgr perbualan "seronoklah kau balik awal, boleh tidur." ada yg fikir bila balik lebih awal daripada orang lain, kita rehat. sebenarnya tak jugak. banyak benda lain nak buat selepas tu.

Popular posts from this blog

Day 26

new year 2025