menonton korea


buat peminat-peminat yang merindui siri gila-lama-panjang game of thrones (GoT),
bolehlah menghilangkan rindu tu kat siri terbaharu netflix from korea:
arthdal cronicles.
kronikel ni tidaklah sebiji sebijan sama macam GoT.
well tak sama pun.
but the feeling is there.
cuma tak ada lah watak utama dia asyik meninggal je macam dalam GoT kan haha.

sy suka cerita ni.
ada la certain scene yang drag, tapi kebanyakan yang lain is awesome.
ada perebutan kuasa, ada part-part manusia fantasi (darah biru, purple) etc.

watak fave sy dalam cerita ni adalah tagon.
idk dia ni watak baik ke atau antagonis.
penonton boleh ada love-hate relationship dengan tagon ni (paling kanan dalam gambar).
pakcik yang berlakon tagon ni dah tua sebenarnya.. umur 40s ke 50s ke macam tu.
tapi ada aura sendiri sebagai union leader.

downside cerita ni adalah, ditayangkan dua kali seminggu je.
mereput nak tunggu :P
and by the time episod baharu tu dah tiba,
kita pulak terlupa secara detail, apa yang dah berlaku pada episod minggu lepas. HAHA
so macam tu la.

if korang suka cerita-cerita macam GoT, cave of the golden roses (fantasy sikit),
i truly recommend this series for you guys.
hari ni dah jumaat.
tak sabar nak tunggu malam esok sabtu.. untuk episod ke-9 :D

Comments

Popular posts from this blog

Day 26

new year 2025