authors part 1

sy suka buku.
habit yang tak dapat ditinggalkan dari kecik sampai sekarang.. hahah.
ke mana-mana pergi, biasanya ada buku dengan saya.

i love book stores and book fest.
kalau lalu kedai buku, mesti nak singgah.
of how books are so close to my heart.

jadi! hari ni nak cerita tentang some of my fave authors.
and my fave books from my fave authors. jyeah.
banyak sebenarnya, tapi kita cerita yang core je.

time kecik/teen, sy banyak baca buku-buku enid blyton, R.L. stine dan buku-buku daripada DBP (various authors).
buku paling favourite:

pulau rahsia oleh enid blyton (terjemahan)
cdts gambar: google & aimi rosli

ya Allahhh legend gile buku ni ok.
buku original sy dah hilang,
tapi beberapa tahun lepas, sy terjumpa versi cetakan semula.
terus beli, baca berulang kali, then simpan. haha

cerita best; tentang sekumpulan budak yang stay dan hidup di pulau sendiri, tanpa orang dewasa.
macam robinson family lah.
buat rumah sendiri, reban ayam sendiri.. siap import lembu masuk pulau lagi! haha

next!

perlumbaan kedua oleh marwilis haji yusof.

orang shah alam tau la,
ada kedai buku marwilis yang legend kat kompleks PKNS :D
nah, inilah buku garapan pemiliknya (telah meninggal dunia, innalillahi wainna ilaihi rajiu'n)

buku ni sy suka sangat sebab plot twist diaaa. fuh.
kisah perlumbaan arnab dan kura-kura, tapi this time, kura-kura yang menang.
fair and square.
haa macam mana kura-kura boleh menang??

nexttt.


misteri kampung hilang oleh moro m.s.

misterius sangat cerita ni. dan gory jugak.
sy zaman-zaman dulu suka tengok filem gore macam saw. hahah
tapi buku sy ni dah tak ada.. seingat saya, ada seorang kawan maya saya pinjam.
lepas tu saya dah lost contact dengan dia.
sayang gile kot dengan buku ni.
baru-baru ni ada beli buku kampung hilang oleh rosli mohd sah.
jalan cerita tak sama, tapi lokasi kat kampung hilang jugak.

cerita tentang sekumpulan kawan yang masuk ke sebuah kampung tinggal
dan melalui pelbagai peristiwa ngeri.
siap termakan daging manusia tu. ewww.

next next.

siri dongeng rakyat dunia oleh yulis haji alwi

ni satu lagi buku legend weh!
dia 'siri' sebab ada banyak bukunya.
dalam satu buku ada beberapa kisah dongeng.
best gileeee sangat sangat.
saya tak ada koleksi buku ni,
sebab saya baca kat library sekolah dulu. haha
mungkin ada la sebuah, tapi tak tau letak mana.
mungkin di rumah parents kat shah alam.

kalau ada rezeki, ingat nak cari dan beli.
sebab sekarang macam tak ada dah orang jual buku cerita best macam ni.

nextto!


donia oleh lamia aimal.

lamia aimal's fan here! *angkat tangan*
zaman dulu suka baca karya lamia aimal ni.
novel donia, pada saya antara novel terawal yang menceritakan tentang perkahwinan kontrak.
first that i read.
lepas-lepas tu barulah muncul banyak novel tentang cinta kontrak ni.. then dah jadi mainstream sangat pulak dah.
apapun garapan ayat dalam novel-novel lamia aimal memang sangat best.
sempat la saya beli beberap buah buku karya beliau.
tapi plot cerita donia ni saya dah hampir terlupa.. sebab dah lama sangat.
mungkin akan cari dan baca balik? hihi.

ok sampai sini dulu kisah penulis dan buku kegemaran saya.
ada part 2 pulak nanti;
iaitu penulisan yang saya minat sekarang ni.
entry ni untuk zaman dolu-dolu haha.
i should add hlovate too, sebab suka juga baca.
cuma yang 5 di atas ni adalah top 5 saya.

ok. till then and rajin-rajinlah membaca! :)

Comments

Popular posts from this blog

Day 26

new year 2025