remedy

musim-musim orang self cautious dengan kesihatan ni,
sometimes buatkan kita terfikir.

terfikir yang banyak remedy sebenarnya dah dipraktikkan sejak dulu.
or dah lama ada dalam gaya hidup muslims.

contoh: intermittent fasting.
berpuasa dalam selang masa tertentu,
then lepas habis selang waktu tersebut,
boleh makan apa saja.
mat salleh buat ni.
eh taklah, malaysians pun buat, la.
even muslims pun buat intermittent fasting.

intermittet fasting is becoming so popular.
tapi tak terdetik ke dalam fikiran diorang,
yang benda bagus macam ni, dah lama ada dalam agama Islam.
means dalam Islam sejak dulu dah praktikkan amalan penjagaan kesihatan dengan cara yang betul, yang bersesuaian dengan badan manusia.
yang diceritakan tentangnya di dalam al-Quran dan hadis.
hence, agama ini merupakan agama yang baik dan sebenar-benarnya.
tak terfikirkah mereka?

in Islam, muslims berpuasa sebulan dalam bulan Ramadan.
selain untuk mendapatkan reda Allah,
amalan berpuasa ini memberi rehat secukupnya kepada perut,
dan detox badan at the same time.
selain puasa wajib sebulan,
muslims juga berpuasa sunat.
isnin khamis contohnya.
or puasa pada 13-15hb dalam kalender Islam.
pun untuk jaga kesihatan dan perut.


contoh lain pulak: amalan minum air suam.

lagi time covid ni,
time musim panas,
time orang kena denggi,
dan macam-macam time lagi,
disarankan minum air suam banyak.

minum air suam semasa bangun tidur ni,
sebenarnya merupakan amalan Rasulullah s.a.w.
(selain minum air suam, Rasulullah juga membersihkan kedua-dua hidung baginda selepas bangun daripada tidur)


next contoh: madu lebah

pun dikomersialkan dari pelbagai pelusuk negara.

while dalam al-Quran dah lama sebut yang madu lebah ini adalah penawar kepada penyakit (note: asbab).


belum masuk lagi part makanan halal and non-halal.
yang terbukti praktis terbaik adalah daripada ajaran agama Islam.
doa-doa syifa, asmaul husna pun ada..
tapi since doa-doa ni tak nampak dengan mata kasar,
sometimes humans tend to not believe in it.
tapi sebenarnya doa mampu memberi kesan, dengan izin Allah jua.

bila dah state dalam al-Quran yang semua sakit ada ubatnya kecuali ajal menjemput,
means even the chronic ones tu pun (macam AIDS, cancer, jantung, darah tinggi etc etc) ada ubatnya.
cuma ada atau tak de dalam pengetahuan manusia je.


hihi saja la nak rant.
sebab tetiba terfikir.
sebenarnya banyak bukti-bukti kebenaran agama Islam ni,
even daripada sudut health pun.
but manusia tend to tak perasan. kot. ntah.
mungkin rawatan alternatif ni dah boleh diterima selain daripada moden.
sebab kadang natural remedy dan Islamic remedy ni berkesan juga in its own way.
tapi may be ambik masa, sebab tak guna bahan chemical macam modern treatment,
yang kebanyakannya menghilangkan simptom secara sementara tanpa merawat sebetulnya.
contoh bila headache, makan painkiller.
rasa sakit hilang, sebab dia 'hilangkan rasa sakit kat nerve tu', tapi penyakit tu still ada lagi.
mungkin next week ko akan sakit kepala balik.

atau just get rid of the body parts untuk 'merawat' (contoh orang diabetes kena potong kaki. may be ada cara lain supaya kaki tu tak dipotong. tapi modern punya solution selalu macam tu. sakit je potong. sakit je buang). disebabkan keterbatasan ilmu manusia.


so yeah.
take care to me. and to all. :)

Comments

Popular posts from this blog

Day 26

new year 2025